Info Korporat

Latar Belakang KEESB

KUMPULAN ERA ENGINEERING SDN. BHD. diperbadankan pada 12 Januari 1989 di Alor Setar, Kedah Darul Aman dengan modal berbayar permulaan sebanyak RM450,000.00.  Syarikat ini berdaftar di bawah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Telekom Malaysia Berhad, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Kementerian Kewangan Malaysia.  Pada awal bidang kerja ini, syarikat terlibat dengan kerja telekomunikasi seperti kerja-kerja pemasangan kemudahan Rangkaian Tempatan (RT) dengan mengagihkan kerja kepada pihak sub-kontraktor.  Selepas beberapa tahun terlibat di dalam bidang kerja ini, KUMPULAN ERA ENGINEERING SDN. BHD. menyenaraikan namanya sebagai salah satu syarikat kontraktor dengan Telekom Malaysia Berhad di bawah skim Jadual Kadar Harga (JKH) dengan pendaftaran Kelas ‘B’, dan pada tahun 2001 telah dinaikkan taraf sebagai Kontraktor JKH Kelas ‘A’ meliputi Kawasan Utara iaitu Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Syarikat lebih tertumpu kepada bidang kerja telekomunikasi dan kerja sivil di bawah penyeliaan Telekom Malaysia Berhad.  Pada permulaan, syarikat telah ditawarkan kontrak percubaan sebanyak RM500,000.00 di dalam tempoh 1 tahun.  Kerja telah berjaya disiapkan hanya di dalam tempoh 6 bulan sahaja.  Secara purata pihak syarikat mampu mencapai RM80,000.00 sebulan.  Pada tahun 90-an, syarikat mula bertapak dan berjaya menyiapkan kerja berkaitan telekomunikasi termasuk kerja sivil bernilai RM3.0 juta dalam tempoh 18 bulan seperti yang dikehendaki oleh Telekom Malaysia Berhad.  Ini bermakna secara purata bernilai RM166,000.00 bagi kerja-kerja yang dilaksanakan setiap bulan.  Namun kini, kontrak yang telah ditawarkan oleh TM bernilai RM5.0 juta dan mampu disiapkan hanya dalam tempoh 12 bulan sahaja.

Pada tahun 2009 syarikat telah ditawarkan kerja-kerja Telekom Malaysia Berhad meliputi Kawasan Tengah iaitu Negeri Selangor dan Kuala Lumpur.  Kini, KUMPULAN ERA ENGINEERING SDN. BHD. terus bergerak maju ke hadapan dengan melaksanakan projek pemasangan kabel fiber optic dan kerja sivil untuk projek Highspeed Broadband (HSBB) oleh Telekom Malaysia Berhad di Kawasan Tengah dan Kawasan Utara.

Berbekalkan kedudukan kewangan yang kukuh dan kepakaran penyusunan profesional yang dimiliki, syarikat mampu menjalankan aktiviti berkaitan telekomunikasi dengan jayanya.  Nilai kontrak yang ditawarkan oleh TM dari tahun 2009 sehingga September 2015 bernilai RM40,299,894.00 juta.Pada Oktober 2015, kontrak dilanjutkan sehingga September 2018 bernilai RM62,639,563.00 (untuk 3 tahun).

Wawasan kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan dengan penekanan kepada kecekapan, keberkesanan dan pengetahuan warga kerja. KUMPULAN ERA ENGINEERING SDN. BHD. dianggotai oleh pasukan warga kerja yang dinamik, dedikasi dan berpengalaman bagi melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan demi kebaikan pelanggan.